Recent Post

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Isnin, 26 Mac 2012

Arowana

Ikan kelisa yang merupakan diantara ikan yang mempunyai harga yang sangat bernilai dan juga dikatakan boleh membawa tuah buat orang cina yang meletakkannya di kedai-kedai ataupun di rumah sebagai medium terapi atau untuk sekadar hobi menjadikannya ia satu asset yang sangat bernilai untuk tatapan umum.Ia bukan sahaja dari kulitnya yang cantik, tetapi mempunyai 101 ciri-ciri yang menarik untuk didedahkan.










Orang china percaya ikan perhiasan seperti Ikan ini, mempunyai feng shui yang sangat bagus untuk tuah dalam kejayaan dan juga untuk memastikan untung terus bertambah-tambah. Kita sedia maklum, majoriti mereka adalah golongan peniaga yang sentiasa memerlukan satu pendorong untuk terus maju kehadapan. Mereka percaya, lagi mahal ikan ini, lagi banyak tuahnya,tertutamanya badan/warna ikan kelisa yang berwarna keemasan. Tuah ini bukan sahaja dalam bidang yang mereka meminati ,tetapi aspek lain juga contohnya dalam hubungan cinta, tuah dalam perjudian, tuah dalam kerjaya, tuah dalam sesuatu projek dan sebagainya.



Ni ikan arowana kami yang baru..kawanku, renny n ray..time kasih ye bagi ikan ngan umah ikan ni sekali..tetiba kitorang dah jadi minat plak..tapi rase tak lame lagi kami kn beli aquarium yang lebih besar lagi..