Recent Post

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Selasa, 7 Januari 2014

Plaster Ceiling

Rumah kami ni sebenarnya dah siap plaster syiling..ruang tamu..dining..masterbedroom dan bilik..so kami cume tambah skirting je bagi nampak cantik..aku pilih design L box..mula2 nak buat design island tapi oleh kerana syiling tu dah rendah so tak klu masuk island lagi rendah..tak cantik..lagipun aku decide untuk buat simple je..bile buat plaster ceiling yang design cantik ni pencahayaan nak kene betul..aku guna led untuk lampu putih dan T5 untuk lampu kuning..aku ambik Ting Fung Plaster Ceiling kat Kajang..die buat memang puas hati..cepat plak tu..murah juga sebab die kilang sendiri..L Box tu aku cume buat kat Living Dining dan Masterbed room..yang lain aku tambah cornice je..


 Divider ni pun aku tambah ngan company yang buat plaster syiling..kayu ni sebatang RM230..mula2 mintak 4 batang je..tapi bile dah siap nampak kelakar sikit..so kami tambah lagi sebatang..

Aku decide untuk tambah dome untuk kipas..sebab syiling tu memang dah rendah..so tambah dome untuk nmpk kipas tu tinggi sikit..tapi kami cari design yang paling simple..tak de la yang berukir ukir tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan