Recent Post

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Selasa, 10 September 2013

Rumah Baru

Alhamdulillah rezeki Allah..betul kate orang ajal maut rezeki di tangan tuhan..insyaallah tahun depan kami dah pindah rumah baru..sangat teruja..terletak di Citra Hill, Pajam..ye ke Pajam..kalau ikut alamat nanti Daerah Mantin..Keluasan 22x70..betul betul di tepi highway LEKAS..Kalau lalu highway memang nampak rumah kami di barisan paling depan..sekarang ni nampak la..nanti kalau rumah kedai kat depan tu dah siap dah terlindung..sekarang dalam proses mendapatkan CF..Dijangka bulan Oktober or November dapat la kunci..haa mase tu pening kepala macam mana nak decorate rumah..sekarang ni pun dah pening kepala..tak tau nak start kat mana..ade la barang-barang yang dah dibeli seperti katil, set tv dan home teater, oven dan barang-barang yang kami borong kat langkawi hari tu..


 living hall dan ruang makan


tangga untuk naik atas..tangga ni gelap so kena la letak lampu comel kat tepi tu..


masterbed room..ada balkoni kat luar..


bilik air masterbed room..plan nak letak tab mandi tapi en hubby kate nanti nampak sempit..ala baru je nak berjakuzi..


bilik anak dara sorang ni..die yang pilih ok..nak bilik besar je..bersepah siap la kakak ooi..

ruang tamu..rumah ni banyak sliding door..so paham2 je la..
grill n langsir mesti kn bajet lebih..


dari depan..boleh muat dua buah kereta..

Masih Menunggu

Pantang ada masa lapang..tak de tempat lain dah sekarang..asyik ke nilai je kami..bukan ape, excited tuu..suke tengok progress by progress yang developer buat..alhamdulillah projek perumahan kami sangat cepat..setiap kali aku pegi mesti tertanya2 depan rumah ni die nak buat ape ye..? Tapi minggu lepas pergi dah terjawab dah..depan rumah kami tu diorang buat taman..memang cantik dan sesuai untuk beriadah petang2..dan berita gembira untuk abah..nanti petang2 boleh sorang wheelchair die tu dok kat taman..so tak de la die boring sangat kat rumah tu..


taman yang sedang dalam proses..


  



2 minggu selepas..dah ada pokok yang ditanam..sekurang-kurangnya redup sikit..

pintu sliding pun dah dipasang..rumah dah dikunci..nombor rumah pun dah ada..