Recent Post

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Isnin, 17 Januari 2011

Cameron Highland Part II

Malam tu kami tak de ape2 aktiviti..keluar jugak ke Pekan Brincang..tapi tengok seme kedai dah tutup..so pegi makan je..susah jugak cari kedai makan di Pekan Brincang ni..ade la kedai tom yam tapi tak de orang so kami decide untuk makan di food court..kedai China banyak la..lagipun cuaca teramat la sejuk..makan pun cepat2 coz tak tahan kesejukan..lepas makan nak cari la pasar malam yang orang kate tu..tapi tak de..rupenya pasar malam yang dimaksudkan ade kat Tanah Rata..so mlm tu dok je la kat umah sambil tengok cite SETEM..bosan..

Sate ayam, daging dan kambing (favourite en Hubby..yang jahat tu dah la die tahu aku tak makan kambing die pi tukar daging tu ngan kambing..x pe..ade hari saye balas..1 cucuk 50 sen)

Oleh kerana terlalu sejuk so en Hubby order sup Sayur..kononnya berharap boleh lah memanaskan badan..same tujuan die makan daging kambing tadi..tapi tak de kesan lansung..tak leh nak cite tahap kesejukan yang melampau..sup sayur RM4.50 n nasi putih RM1.50


nasi goreng USA yang sangat sedap..RM7.00..mahal tuuu...

Oleh kerana tak de aktiviti malam tu..layan la si feera ni bagi die penat dan senang tido..











Pagi2 lagi dah siap untuk checkout..disebabkan kejadian aneh semalam..lagipun hari macam mendung takut plak hujan..tak sempat plak nak jalan2..lagipun dari semalam en Hubby merengek nak pegi ladang teh (kecoh betul..orang tak minum teh mane boleh pergi ladang teh)..dalam perjalanan mencari ladang teh baru la kitorang jumpe Tanah Rata..klakar tak..kitorang ingat Brincang tu adalah pekan terakhir rupanya Tanah Rata tu lagi besar..ade Hospital..ade bank..ade Marry Brown..nape la kami tak tergerak untuk sampai ke sini..rupanya pasar malam yang dimaksudkan sebenarnya adalah di Tanah Rata..tapi ok la at least kitorang sampai jugak ke situ..sampai ke Ladang Teh Cameron Barat..minum teh kat sini mahal satu cup RM5.00..baik pi mamak..


Ramai gak orang kat kedai ni..kedai ni sebenarnya kedai ubat cina..upenye tongkat ali ni pokok nye kecik je..akarnya akan memanjang ke dalam tanah..klu nak cabut punyalah susah..silap2 gune jengkerok pun blum tentu boleh tercabut.


pelbagai jenis jus dan jem..ade yang original, ade yang ditambah gule..pilih je..


ni la part yang paling kami gemari..sayur segar dijual dengan harga 6 jenis (6paket) RM10.00..banyak gak lah satu paket tu..tapi nak beli banyak2 takut membazir plak..


name pun pergi cameron..klu tak bergambor kat ladang teh ni rugi la..view kat sini memang cantik..udara pun sejuk..


tapi kawasan ni bahaya sikit..tersangat la curam..dah la mase kitorang pegi tu baru pas hujan..tu sebab tak berani nak dukung feera..bagi kat ayah die..




Kedai ni menarik tu yang buat kami rase nak menyinggah..tapi mahal lah barang yang dijual..baik pi kat kedai yang biase2 je..





1 ulasan:

  1. nasib baik jumpa jugak tanah rata tu..kalau tak, haruslah korang kena pi balik cameron..anyway, hajar...yg mahal tu, bukan teh secawan tu, tapi feeling ala-ala dok kat negeri matsaleh minum teh dlm udara sejuk..kan...tapi saya still rasa teh dia tu lebih sedap dr yg beli kat sini...saya feeling terlebih kot...

    BalasPadam