Recent Post

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Rabu, 25 Februari 2015

Mee Udang

Petang yang sangat rajin..tetiba teragak plak nak makan mee udang..nak kate mengidam tak rasenya..nak pi Kuala Sepetang memang tak tahu bile abad..so bnda yang mudah untuk tunaikan permintaan perut ni adalah dengan menggoogle resepi di internet..bahan-bahan nya senang dan tak banyak..setakat setengah jam je dah boleh siap..nak kata tak jadi tu tak la sangat..sedap la jugak cume aku terlebih letak keledek..so die jadi sangat pekat..meh kite share resepi kat sini.

Mee Udang 

Bahan-bahan

Sebungkus mee kuning
1 biji setengah bawang besar/5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar (cili boh)
4 ekor udang kecil
6 ekor udang besar
1 setengah sudu udang kering
2 sudu tomato puree (tapi kat umah ari tu tak de tomato puree so aku guna 1 biji tomato)
sedikit keledek (aku agak-agak je..tu yang jadi pekat..so aku nasihatkan gune sedikit je..kalau kate keledek tak de boleh gantikan dengan1 biji kentang)
2 senduk tomato sos
2 senduk cili sos

Bahan-bahan hiasan:
cili merah
cili hijau
sawi (aku celurkan dulu)
telur rebus
daun bawang dan daun sup

Cara-cara Memasak:

Blendkan udang kecil, udang kering, keledek dan tomato puree (letak tepi dulu)
Blend plak bawang kecil dan bawang putih (bahan tumisan)

Tumis kan bahan tumisan sampai naik bau..kemudian masukkan cili kisar..lepas dah garing masukkan udang kecil, udang kering, keledek dan tomato puree yang telah diblend tadi (pastikan blend sampai hancur..kalau boleh udang kering tu ditumbuk dulu supaya seme bahan tadi tak berketul) tumis lame sikit pun tak pe..lepas tu boleh la masukkan air (kepekatan ikut citarasa masing-masing)..masukkan juga sos tomato dan cili..dan last sekali masukkan udang besar. masak sampai mendidih..boleh lah celurkan mee dan dihias dengan bahan-bahan hiasan tadi..ok siap..





Selamat Mencuba..!!


2 ulasan:

  1. perghh dengan udang kering nyer..udang besar nyer..maun tercabut idong dok garu kalo pujie mkn neh haha..rajin weyh warih den haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..kene letak berus dawai la sebelah pinggan..sambil makan sambil menggaru..haha..udang tu keno cari yang betino yo..baru tak gatal..

      Padam